Skip to main content

Surau Al- Ittihad terletak di Jalan 1/5 Seksyen1, Bandar Baru Bangi. Penduduk di kawasan ini  terdiri daripada 260 unit rumah, 8 unit kedai satu tingkat, 15 unit kedai dua tingkat, 1 unit pasar dan terdapat 25 unit gerai makanan. Kepadatan penduduk di Seksyen 1 ialah 99 peratus berbangsa Melayu dan beragama Islam dan 1% mewakili penduduk berbangsa Cina dan India. Sedikit sebanyak perkara ini menjelaskan bagaimana gambaran kawasan di sekitar Surau Al- Ittihad di Bandar Baru Bangi.
Pada tahun 1982, surau pertama telah dibina. Surau yang diperbuat dari kayu ini di bina  setelah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan diluluskan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) T.M Thurai. Beliau merupakan ADUN berbangsa India dan bertanggungjawab ke atas kawasan Dengkil. Pihak surau menyatakan mereka tidak dibenarkan untuk membina surau pada awalnya, tetapi permohonan berjaya apabila pihak surau memohon untuk membina balai dan dibenarkan. Maka terdirilah sebuah surau kayu yang pertama di Bandar Baru Bangi dan surau ini digunakan selama 22 tahun iaitu dari tahun 1982 hingga 2002.
Pada tahun 2002, pihak surau telah merancang pembinaan surau baru yang lebih selesa. Pihak surau sekali lagi memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai pembinaan surau baru. Permohonan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dengan separuh tapak padang permainan untuk pembinaan surau baru dan separuh lagi kawasan padang permainan dikekalkan. Setelah permohonan tanah diluluskan. pihak surau telah menerima peruntukan sebanyak RM 200,000.00.
Pembinaan surau baru ini bermula pada tahun 2003 dan siap pada tahun 2004. Nama Al-Ittihad diberikan kepada surau baru ini. Keluasan surau ini ialah 60 x 80 kaki persegi bersamaan 4800 kaki persegi.
Setiap tahun Surau Al-Ittihad melakukan penambahbaikan dari masa ke masa bagi memenuhi permintaan jemaah surau demi memberikan keselesaan yang maksimum dan dapat menarik lebih ramai jemaah baru.
Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM 20,000 untuk membesarkan kawasan surau. Perkembangan surau Al-Ittihad tidak berhenti setakat itu sahaja. Surau Al-Ittihad terus berusaha untuk menjadikan surau ini lengkap dengan kemudahan bagi kemudahan urusan para Jemaah. Selain itu, ruangan yang besar ini telah memudahkan pihak surau untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti kelas mengaji Al-Quran.
Oleh itu, pada tahun 2006, untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan surau yang lain Surau Al-Ittihad mewujudkan satu kawasan dapur dan tempat makan. Peruntukan tambahan oleh Majlis Pembadaran Kajang sebanyak RM 20,000 telah diluluskan. Penduduk setempat juga menyumbang kepada perkembangan surau Al-Ittihad ini melalui sumbangan duit. Misalnya pada tahun 2014, pembinaan rumah jenazah dibina di Surau Al-Ittihad.
Pembinaan rumah jenazah ini dianggap sebagai satu pencapaian besar dalam pembangunan infrastuktur Surau Al-Ittihad. Rumah jenazah ini lengkap dengan peralatan moden dan juga keperluan-keperluan lain bagi memudahkan urusan mandi dan kafan jenazah. Surau ini juga menyediakan kemudahan van jenazah. Hal ini menyenangkan urusan pengambilan jenazah penduduk setempat di hospital yang seterusnya akan dibawa ke surau untuk dimandikan.
Surau ini juga dilengkapi penghawa dingin di sudut-sudut, karpet yang bersih, set computer dan juga televisyen yang bertidak sebagai information board.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa dipimpin oleh Tuan Imam, Tuan Hj. Jabar Alias yang dihajatkan oleh Tuan Hj. Midin dan Tuan Ali Pardam selepas solat Maghrib pada 19 September 2019 (Khamis). #MajlisBacaanYasinTahlildanDoa #SurauAlIttihad #BandarBaruBangi